Monday 23 January 2012

Intro

Kenapa aku pilih tajuk "Our Whole Life Is A Lie"? Mungkin aku terlalu banyak membaca tentang teori konspirasi.. Mungkin juga kerana aku dah penat dengan fitnah murahan internet.. Mungkin jugak kerana terlalu bosan dengan politik kedai kopi.. Bosan dengan manusia-manusia tukang jaja temberang yang perlu dihadap hampir setiap hari..

Manusia zaman sekarang berbohong hampir setiap saat dalam hidup mereka.. Satu kebenaran tiada manusia akhir zaman yang terkecuali dari fitnah Dajjal.. Jika tidak fitnah itu pada orang lain, mereka akan memfitnah diri mereka sendiri..

Kemusnahan hasil pembohongan dunia hari ini berpangkal dari pembohongan-pembohongan politik.. Kerana politik semasa, seluruh hidup kita diselubungi pembohongan.. Jika setiap manusia di zaman kita ini ialah Pinnochio, sudah tentulah ada manusia yang hidungnya sudah mencecah ke luar angkasa.. Angkara terlalu banyak berbohong..

Dalam blog ini, aku cuba mengupas pembohongan-pembohongan jelas manusia akhir zaman.. Yang mana aku juga tidak terkecuali..